Isnin, 17 Jun 2013

Cuti Gawai 2013



          Gawai tahun ni keluarga saya bercadang untuk bergawai di rumah panjang di sebelah ayah saya. Memandangkan memang jarang keluarga saya bergawai di sana jadi saya ingin berkongsi serba sedikit perjalanan semasa kami balik ke sana. Sehari sebelum kami balik ke sana perasaan tu memang sangat teruja dan tak sabar-sabar, maklumlah sudah 4 tahun kami tidak balik ke sana. Dan sebelum balik ke sana kakak saya di Kuching tertinggal bas la pulak, nasib baik masih sempat untuk penerbangan dari Kuching ke Sibu. lega juga rasa hati. Masa kami balik tu, punya la banyak orang kat pasar Sibu berpusu-pusu nak balik ke hulu, nasib lah dah tempah tiket ekspess awal.


Terminal ekspress Sibu semasa gawai (Bukan main sesak lah)


          Sebelum sampai di daerah Song, kami menaiki ekspress yang bersaiz medium dengan kapasiti 120 orang penumpag yang mempunyai kelas VIP, kelas pertama dan kelas ekonomi. Tambang untuk kelas VIP adalah RM30, pertama RM25 dan ekonomi adalah RM20 ke Daerah Song (hanya harga masa gawai, selalunya murah lagi, maklumlah untung lebih). Pada musim perayaan begini selalunya penumpang melebihi kapasiti, tetapi disebabkan 3hari sebelum ni ada kes ekspess karam di Belaga akibat lebih penumpang maka serta merta pihak berkuasa beroperasi tegal menangani masalah ini. (Kalau xde kes karam tu, mmg xde la nak brkuat kuasa, tapi kena xkasi turun harga sekali erk...) berbalik pada cerita asal. tempoh perjalanan dari Sibu ke Song adalah 2jam, yang berjarak 120km...(kalau ada jalan 1jam jer kot...maklumlah janji ditepati, sampai sekarang pun belum buat lagi, jalan balak cepat pula sampai sana....)


         Terminal Penumpang Song (memang lah sesak...) 
          Setelah 2jam tempoh perjalanan menggunakan bot ekspress, kami pun sampai di Terminal Penumpang Song. Dengan orang yang ramai turun dari bot kami hanya sempat menurunkan barang terus ke dalam perahu panjang...(memang lega lah bila semua barang telah diturunkan...) dengan senang hati dan rindu dengan keadaan di tanah air sendiri. memandang memang banyak yang telah berubah, daripada 3tahun lepas...masa itu saya masih lagi di tingkatan4..(rasa mee kampua song memang jauh sedap dari tempat laen...terubat jgk rindu tu kan....)

Pekan Song (Inilah keadaan pekan Song, kecil, tapi inilah asal saya...)
Mee Kampua (Inilah mee kampua salu buat org song salu rindu....hehehe.. non-halal ok)

          Tepat pukul12 kami mula bertolak dari pekan Song ke Ulu Katibas. Tempoh purata ke rumah panjang kami mengambil masa kira-kira 7jam. Jadi memang terburu-burulah perjalanan kami pada hari itu. (maklumlah takut sampai gelap...)
maka bermulalah perjalanan kami ke kawasan Ulu Katibas...
.
              Inilah antara gambar kami semasa menaiki perahu panjang yang berkuasa 20hp. tempat pertama kami sampai adalah SK.Nanga Nyimoh yang berada 30minit daripada pekan Song...(teringat pula zaman persekolah semasa sekolah rendah dahulu... saya sekolah di sana semasa saya darjah 1 hingga 4....) setelah 1 jam menaiki perahu kami melimpasi satu-satunya sekolah menengah iaitu SMK.Katibas. Semua anak Ulu katibas akan dihantar ke situ untuk menuntut ilmu apabila meningkat ke sekolah menengah..(maklumlah itulah satu-satunya sekolah menengah...nak pergi sekolah lain pun xdpt)

           Setelah mengunakan perahu selama hampir 2jam, maka kami sampai di rumah panjang sebelah emak iaitu di Nanga Bangkit. Berada tidak jauh daripada itu jugak terdapat sebuah lagi sekolah iaitu, sk.Nanga Bangkit. Tempat tersebut merupakan salah satu tempat pertahanan orang iban daripada kekejaman komunis suatu ketika dahulu. Antara salah satu tempat perdalaman yang sering  menjadi kawasan serangan komunis pada ketika itu.

 
       perlabuhan kecil Nanga Bangkit (Singgah untuk menghantar ibu saudara) 

          Berbalik pada perjalanan kami, sebelum sampai di sebuah lagi rumah panjang yang berada  di Nanga Engkuah, kami melalui beberapa buah jeram yang agak menyeramkan ramai pengunjung. Jeram yang paling kami takuti adalah Wong Giam. Dikhabarkan jeram ini pada musim air yang sederhana ianya akan melambung sehingga 3kaki.(bagi perahu yang kecil tu...memang msuk air la..mandi la korang jawabnya) kawasan itu juga pernah beberapa kali menengelamkan beberapa perahu orang rumah panjang di situ...

          Dalam perjalanan ke sana juga kami terserempak dengan satu lagi keunikan alam yang dinamai batu "Keramak Kumang" atau dalam bahasa melayu, batu cakaran kumang. Kumang ini sebenarnya adalah seorang wanita daripada kaum Bungai Nuing, Iaitu satu kaum yang kuat dan mempunyai kuasa gaib (kalau sekarang kata, supernatural la kan) di batu itulah tempat Kumang tadi melepaskan geram beliau...tapi tahulah sebab apa kan..hehehe... balik kepada perjalanan kami. sebelum sampai di rumah panjang kami, antara tempat yang kami lalui adalah Nanga Serau, Sk.Lubok Bedil dan sekolah yang paling hampir dengan rumah panjang kami adalah Sk.Lubok Ipoh. Jarak tempoh dari sekolah tersebut ke rumah panjang kami kira-kira 1jam..


        Wong  Giam (tengoklah muka nerves tu..ttup mlut dik, nanti msuk air kang)
Mr.Tedy ngan Kura-kura (Ini kakak yang punya...Xpnah basuh@Bau keretum)

               Nanga Terusa..(Inilah pelabuhan kecil rumah panjang saya...Jernih kn...memang nampak la ikan kat sungai tu...)

          Kami sampai kat sana kira-kira pukul7 malam. memang dah gelap lah masa tu. masa sampai tu memang semua orang tunggu, atuk, nenek, sepupu, memang semua adalah. Jadi senang lah angkat barang, sekali angkat jer semua dah habis. (gambar kat atas tu bukan masa sampai, tu gambar pda keesokan harinya...)

Part 2: Aktiviti Rumah Panjang.
 
          Aktiviti pertama kami pada keesokan harinya adalah, keramaian kesyukuran. keramaian ini diadakan untuk mengucapkan terima kasih kepada tuhan, kerana  ayah saya telah menghabiskan ijazahnya di Open University (OUM). Ibadat ini dimulakan dengan persembahan Ngajat oleh anak lelaki bagi bilik tersebut. Wakil bagi bilik kami adalah saya dengan sepupu saya (pemilik jugampukungsactivity.blogspot) seterusnya diikuti dengan acara penyembelihan korban.


 aktiviti minum pagi sebelum bermulanya acara

sembahyang sebelum acara dimulakan
upacara ngajat sebelum penyembelihan

        
Ayah saya...(Ngajat Wai...)

          walaupun penat dengan upacara tersebut namun kami sempat pergi berkelah di kawasan hulu pada petang itu. (masa untuk mandi dan makan ikan...RELEASE TENSION!!!) sambil mandi, sambil itu kami pergi menjala ikan buat santapan kami pada tengahari tersebut. Mari tengok beberapa gambar yang sempat kami ambil sepanjang perjalanan kami.


Rantau Likau...lokasi menjala yang pertama

Hasil tangkapan kami...antaranya adalah anak kelah@empurau

Nanga Sebaya..lokasi tempat kami bermandi-manda (jernih kan)

perjalanan ke rantau Likau

para peserta di atas perahu





         

 
          Maka berakhir sudah perjalanan kami semasa balik gawai 2013...namun jika saya ada kesempatan dan ruang saya akan menceritakan tentang acara sambutan Hari Gawai yang diadakan di rumah panjang kami...minta maaf jika ada tersilap kata terlanjur bicara...jika umur panjang harap berjumpa lagi...JUMPA LAGI!!! di bawah saya akan memperkenalkan alatan dan sepupu-sepupu yang ada di rumah panjang..


Christie Tra & Kimey@Jugam Pukung
Ungu@Jessica.M Merah@Lucia Putih kanan@Krisma Putih kiri@kimey Kuning@Jawai



Gambar di Ngeranau Kecil

Sebelum Upacara kesyukuran

Bebendai

Tawak@Gong


Ruai rumah panjang 23pintu

Jala

Pua Kumbu


tanju@Anjung

Balkoni...(penyokong setia BN..hehehe....)

Tiada ulasan: