Khamis, 20 Jun 2013




Skuad Sarawak 2013



           Seperti yang anda lihat kali ini saya akan menyingkap biodata pemain-pemain skuad Bujang Senang 2013, iaitu satu-satunya skuad yang menjadi kebanggaan rakyat Sarawak iaitu SKUAD SARAWAK FA... Sarawak FA merupakan sebuah pasukan yang berada di bawah naungan Football Association of Sarawak (FAS)...

        
Nama penuh: Persatuan Bolasepak sarawak
Gelaran: Bujang Senang
Ditubuhkan pada: 1974
Stadium: Stadium Negeri Kuching, Sarawak. (Kapasiti 40000)
Pengerusi: Datu Sudarsono Othman
Pengurus: Robert Albert
Jurulatih: Robert Albert
Liga: Liga perdana Malaysia
        Liga Super 2012, tangga ke-12 (diturunkan ke Liga Perdana)

Biodata Pengurus Pasukan



Nama Penuh: Robert Rene Alberts
Tarikh lahir: 14 November 1954
Asal: Amsterdam Netherlands
Kelab yang pernah diuruskan:

  1.  Hittarps 
  2. Astorps
  3. Kedah FA
  4. Tanjong Pagar FC
  5. Home United
  6. South Korea U-17
  7. Malaysia U-19
  8. Arema FC
  9. PSM Makassar
  10. Sarawak FC - 2kali

Kapten Pasukan:



Nama: Mohd Hairol Mokhtar
Nombor jersi: 17
Tinggi: 1.8m
Berat: 68kg
Tarikh lahir: 18 oktober 1984
Asal: Kuching Sarawak

Pemain Penyerang:





Nama: Zamri bin Morshidi
Tarikh lahir: 20 oktober 1983
Asal: Kuching, Sarawak, Malaysia
Tinggi: 1.75m (5 kaki 9 inci)
Nombor Jersi: 33
Bermain bersama sarawak pada tahun 2011-2012 tampil bersama pkns pada musim 2013 dengan 12 penampilan dan 3gol. kamudian kebali ke sarawak pada petengahan musim 2013.

  
Nama: Ahmad Aminuddin Shaharuddin
Tarikh lahir: 21 mac 1990
Asal: Selangor
Nombor jersi: 20
Tinggi: 1.72m
Berat: 58kg





Nama: Bobby Gonzales
Nombor jersi: 9
Tinggi: 1.72m
Berat: 70kg
Tarikh Lahir: 15 februari 1984
Asal: Sabah
pernah bermain untuk Sabah FA, Brunei DPMM, dan KL Plus FC.

Pemain Tengah: 


Nama penuh: Mohd Shahrol bin Saperi

Tarikh lahir: 12 oktober 1984
Asal: Kuching, Sarawak, Malaysia
Tinggi: 1.63m (5 kaki 4 inci)
Posisi: Pemain Tengah
Nombor Jersi: 16



Nama: Dalglish Papin anak Test
Tarikh lahir: 3 mei 1991
Asal: Kuching, Sarawak 
Tinggi: 1.68m
Berat: 60kg 
Nombor jersi: 23





Nama: Joseph Kalang Tie
Tarikh lahir: 9 mac 1987
Asal: Miri, Sarawak
Tinggi: 1.70m
Berat: 74kg
Nombor jersi:19
pernah bermain untuk terengganu dan memenangi liga super dan juga pernah menyarung jersi kebangsaan.




Nama: Ashri Chuchu
Tarikh lahir: 27 februari 1991
Asal: Lawas, Sarawak
Tinggi: 1.61m (5 kaki 3.5 inci)
Berat: 63kg
pernah menyarung jersi Malaysia dengan 7 penampilan.



Nama: Shahrul Abdul Malek
Nombor jersi:14
Tinggi: 1.59m
Berat: 57kg
Tarikh lahir: 11 september 1990
Asal: Bintulu, Sarawak





Nama: Muamer Salibasic
Nombor jersi: 10
Tinggi: 1.85m
Berat: 86kg
Tarikh Lahir: 3 Disember 1984
Asal: Tuzia, Bosnia


Nama: Putera Nadher Amarhan Maderner
Nombor jersi: 15
Tinggi: 1.87m
Berat: 75kg
Tarikh lahir: 16 September 1991
Asal: Sabah






Nama: Guy Bwele
Nombor jersi: 7
Tinggi: 1.79m
Berat: 73kg
Tarikh lahir: 16 februari 1984
Asal: Cameroon






Nama: Ronald Bin Dennis
Nombor jersi: 24
Tinggi: 1.68m
Berat: 60kg
Tarikh lahir: 24 April 1990
Asal: Miri, Sarawak






Nama: Mohd Azizan Baba
Nombor jersi: 8
Tinggi: 1.76m
Berat: 69kg
Tarikh lahir: 9 september 1981
Asal: Melaka






Nama: Azizan Bin Saperi
Nombor jersi: 21
Tinggi: 1.63m
Berat: 62kg
Tarikh Lahir: 11 Januari 1989
Asal: Kuching Sarawak

Pertahanan:




Nama: Muhd Dzulfadli Bin Awang Marajeh
Nombor jersi: 25
Tinggi: 1.75m
Berat: 60kg
Tarikh lahir: 28 Januari 1991
Asal: Lawas Sarawak




 Nama: Mafry Bin Balang
Nombor jersi: 4
Tinggi: 1.77m
Berat: 60kg
Tarikh lahir: 26 mac 1984
Asal: Sabah





Nama: Ramesh a/l lai Ban Huat
Nombor jersi: 12
Tinggi: 1.67m
Berat: 60kg
Tarikh lahir: 8 April 1980
Asal: Perak





Nama: Mohamad Fareez Bin Tukijo
Nombor jersi: 6
Tinggi: 1.67m
Berat: 65kg
Tarikh  lahir: 25 mei 1989
Asal: Sarawak






Nama: Mohammad Dzulazlan Ibrahim
Nombor jersi: 13
Tinggi: 1.63m
Berat: 63kg
Tarikh lahir: 19 november 1988
Asal: Kuching Sarawak


Nama: Ronny Bin Harun
Nombor jersi: 2
Tinggi: 1.75m
Berat: 68kg
Tarikh lahir: 19 januari 1984
Asal: Sabah





Nama: sahran Bin Abdul Samad
Nombor jersi: 5
Tinggi: 1.78m
Berat: 65kg
Tarikh lahir: 5 Februari 1983
Asal: Sarawak





Nama: Mazwandi Bin Zakeria
Nombor jersi: 3
Tinggi: 1.78m
Berat: 61kg
Tarikh lahir: 24 Jun 1989
Asal: Kuching Sarawak

Penjaga Gol:


Nama: Saiful Amar Bin Sudar
Nombor jersi: 1
Tinggi: 1.75m
Berat: 70kg
Tarikh Lahir: 10 Jun 1982
Asal: Selangor




Nama: Sani Anuar Bin Kamsani
Nombor jersi: 22
Tinggi: 1.73m
Berat: 65kg
Tarikh lahir: 5 April 1983
 Asal: Selangor




Nama: Aidil bin Mohamad
Nombor jersi: 18
Tinggi: 1.76m
Berat: 71kg
Tarikh lahir: 10 Ogos 1980
Asal: Mukah Sarawak

SEKIAN TERIMA KASIH... 

AYAM DISEMBELIH MENJENGUK KUALI,
HARAP-HARAP DATANG LAGI... XD 






Isnin, 17 Jun 2013

Cuti Gawai 2013



          Gawai tahun ni keluarga saya bercadang untuk bergawai di rumah panjang di sebelah ayah saya. Memandangkan memang jarang keluarga saya bergawai di sana jadi saya ingin berkongsi serba sedikit perjalanan semasa kami balik ke sana. Sehari sebelum kami balik ke sana perasaan tu memang sangat teruja dan tak sabar-sabar, maklumlah sudah 4 tahun kami tidak balik ke sana. Dan sebelum balik ke sana kakak saya di Kuching tertinggal bas la pulak, nasib baik masih sempat untuk penerbangan dari Kuching ke Sibu. lega juga rasa hati. Masa kami balik tu, punya la banyak orang kat pasar Sibu berpusu-pusu nak balik ke hulu, nasib lah dah tempah tiket ekspess awal.


Terminal ekspress Sibu semasa gawai (Bukan main sesak lah)


          Sebelum sampai di daerah Song, kami menaiki ekspress yang bersaiz medium dengan kapasiti 120 orang penumpag yang mempunyai kelas VIP, kelas pertama dan kelas ekonomi. Tambang untuk kelas VIP adalah RM30, pertama RM25 dan ekonomi adalah RM20 ke Daerah Song (hanya harga masa gawai, selalunya murah lagi, maklumlah untung lebih). Pada musim perayaan begini selalunya penumpang melebihi kapasiti, tetapi disebabkan 3hari sebelum ni ada kes ekspess karam di Belaga akibat lebih penumpang maka serta merta pihak berkuasa beroperasi tegal menangani masalah ini. (Kalau xde kes karam tu, mmg xde la nak brkuat kuasa, tapi kena xkasi turun harga sekali erk...) berbalik pada cerita asal. tempoh perjalanan dari Sibu ke Song adalah 2jam, yang berjarak 120km...(kalau ada jalan 1jam jer kot...maklumlah janji ditepati, sampai sekarang pun belum buat lagi, jalan balak cepat pula sampai sana....)


         Terminal Penumpang Song (memang lah sesak...) 
          Setelah 2jam tempoh perjalanan menggunakan bot ekspress, kami pun sampai di Terminal Penumpang Song. Dengan orang yang ramai turun dari bot kami hanya sempat menurunkan barang terus ke dalam perahu panjang...(memang lega lah bila semua barang telah diturunkan...) dengan senang hati dan rindu dengan keadaan di tanah air sendiri. memandang memang banyak yang telah berubah, daripada 3tahun lepas...masa itu saya masih lagi di tingkatan4..(rasa mee kampua song memang jauh sedap dari tempat laen...terubat jgk rindu tu kan....)

Pekan Song (Inilah keadaan pekan Song, kecil, tapi inilah asal saya...)
Mee Kampua (Inilah mee kampua salu buat org song salu rindu....hehehe.. non-halal ok)

          Tepat pukul12 kami mula bertolak dari pekan Song ke Ulu Katibas. Tempoh purata ke rumah panjang kami mengambil masa kira-kira 7jam. Jadi memang terburu-burulah perjalanan kami pada hari itu. (maklumlah takut sampai gelap...)
maka bermulalah perjalanan kami ke kawasan Ulu Katibas...
.
              Inilah antara gambar kami semasa menaiki perahu panjang yang berkuasa 20hp. tempat pertama kami sampai adalah SK.Nanga Nyimoh yang berada 30minit daripada pekan Song...(teringat pula zaman persekolah semasa sekolah rendah dahulu... saya sekolah di sana semasa saya darjah 1 hingga 4....) setelah 1 jam menaiki perahu kami melimpasi satu-satunya sekolah menengah iaitu SMK.Katibas. Semua anak Ulu katibas akan dihantar ke situ untuk menuntut ilmu apabila meningkat ke sekolah menengah..(maklumlah itulah satu-satunya sekolah menengah...nak pergi sekolah lain pun xdpt)

           Setelah mengunakan perahu selama hampir 2jam, maka kami sampai di rumah panjang sebelah emak iaitu di Nanga Bangkit. Berada tidak jauh daripada itu jugak terdapat sebuah lagi sekolah iaitu, sk.Nanga Bangkit. Tempat tersebut merupakan salah satu tempat pertahanan orang iban daripada kekejaman komunis suatu ketika dahulu. Antara salah satu tempat perdalaman yang sering  menjadi kawasan serangan komunis pada ketika itu.

 
       perlabuhan kecil Nanga Bangkit (Singgah untuk menghantar ibu saudara) 

          Berbalik pada perjalanan kami, sebelum sampai di sebuah lagi rumah panjang yang berada  di Nanga Engkuah, kami melalui beberapa buah jeram yang agak menyeramkan ramai pengunjung. Jeram yang paling kami takuti adalah Wong Giam. Dikhabarkan jeram ini pada musim air yang sederhana ianya akan melambung sehingga 3kaki.(bagi perahu yang kecil tu...memang msuk air la..mandi la korang jawabnya) kawasan itu juga pernah beberapa kali menengelamkan beberapa perahu orang rumah panjang di situ...

          Dalam perjalanan ke sana juga kami terserempak dengan satu lagi keunikan alam yang dinamai batu "Keramak Kumang" atau dalam bahasa melayu, batu cakaran kumang. Kumang ini sebenarnya adalah seorang wanita daripada kaum Bungai Nuing, Iaitu satu kaum yang kuat dan mempunyai kuasa gaib (kalau sekarang kata, supernatural la kan) di batu itulah tempat Kumang tadi melepaskan geram beliau...tapi tahulah sebab apa kan..hehehe... balik kepada perjalanan kami. sebelum sampai di rumah panjang kami, antara tempat yang kami lalui adalah Nanga Serau, Sk.Lubok Bedil dan sekolah yang paling hampir dengan rumah panjang kami adalah Sk.Lubok Ipoh. Jarak tempoh dari sekolah tersebut ke rumah panjang kami kira-kira 1jam..


        Wong  Giam (tengoklah muka nerves tu..ttup mlut dik, nanti msuk air kang)
Mr.Tedy ngan Kura-kura (Ini kakak yang punya...Xpnah basuh@Bau keretum)

               Nanga Terusa..(Inilah pelabuhan kecil rumah panjang saya...Jernih kn...memang nampak la ikan kat sungai tu...)

          Kami sampai kat sana kira-kira pukul7 malam. memang dah gelap lah masa tu. masa sampai tu memang semua orang tunggu, atuk, nenek, sepupu, memang semua adalah. Jadi senang lah angkat barang, sekali angkat jer semua dah habis. (gambar kat atas tu bukan masa sampai, tu gambar pda keesokan harinya...)

Part 2: Aktiviti Rumah Panjang.
 
          Aktiviti pertama kami pada keesokan harinya adalah, keramaian kesyukuran. keramaian ini diadakan untuk mengucapkan terima kasih kepada tuhan, kerana  ayah saya telah menghabiskan ijazahnya di Open University (OUM). Ibadat ini dimulakan dengan persembahan Ngajat oleh anak lelaki bagi bilik tersebut. Wakil bagi bilik kami adalah saya dengan sepupu saya (pemilik jugampukungsactivity.blogspot) seterusnya diikuti dengan acara penyembelihan korban.


 aktiviti minum pagi sebelum bermulanya acara

sembahyang sebelum acara dimulakan
upacara ngajat sebelum penyembelihan

        
Ayah saya...(Ngajat Wai...)

          walaupun penat dengan upacara tersebut namun kami sempat pergi berkelah di kawasan hulu pada petang itu. (masa untuk mandi dan makan ikan...RELEASE TENSION!!!) sambil mandi, sambil itu kami pergi menjala ikan buat santapan kami pada tengahari tersebut. Mari tengok beberapa gambar yang sempat kami ambil sepanjang perjalanan kami.


Rantau Likau...lokasi menjala yang pertama

Hasil tangkapan kami...antaranya adalah anak kelah@empurau

Nanga Sebaya..lokasi tempat kami bermandi-manda (jernih kan)

perjalanan ke rantau Likau

para peserta di atas perahu





         

 
          Maka berakhir sudah perjalanan kami semasa balik gawai 2013...namun jika saya ada kesempatan dan ruang saya akan menceritakan tentang acara sambutan Hari Gawai yang diadakan di rumah panjang kami...minta maaf jika ada tersilap kata terlanjur bicara...jika umur panjang harap berjumpa lagi...JUMPA LAGI!!! di bawah saya akan memperkenalkan alatan dan sepupu-sepupu yang ada di rumah panjang..


Christie Tra & Kimey@Jugam Pukung
Ungu@Jessica.M Merah@Lucia Putih kanan@Krisma Putih kiri@kimey Kuning@Jawai



Gambar di Ngeranau Kecil

Sebelum Upacara kesyukuran

Bebendai

Tawak@Gong


Ruai rumah panjang 23pintu

Jala

Pua Kumbu


tanju@Anjung

Balkoni...(penyokong setia BN..hehehe....)